Sunday, October 19, 2008

KISAHNYA HANYA BEGINI

Seorang lelaki
Dengan uban yang mencitrakan hidupnya
Dengan kedut yang menemani usia sejarahnya
Tersembunyi di sebalik ketayap putih
Dan wudhu' yang jernih

Seorang lelaki
Dengan kudratnya yang bongkok
Menadahkan sisa doanya
Dalam renungan yang makin berkaca
Hatinya merimbunkan munajat dan taubat

Kulihat seorang lelaki menangis dalam doanya
Sejadah yang makin tua
Mengutip sekalian cebis tangis yang tumpah
Menagapa seorang lelaki seluhur taubatnya
Terlemar ke ruang sehina ini
Dari sebalik jeriji besi
Yang menatap sekalian hidupnya

Dia melihat sejadah dan sekuntum amin
Seperti dia melihat dosa tak tertebus
Dan akan kembali menyendiri
Melihat ketenangan dari mata usianya
Dia bukan yang bergelar sang hipokrasi
Tapi hanya seorang lelaki
Yang pernah rebah dengan larian sediri
Kerana kisahnya hanya begini

Hasil nukilan
RYUJI ... 2006

No comments: