Pengukir Pujangga ..?

Penulis merupakan karyawan puisi independen yang banyak menghasilkan karya-karya puisi berkisarkan tentang kemanusiaan , perhubungan , perjuangan dan lain-lain. Memulakan penglibatan dalam bidang penulisan dan penghasilan karya-karya artistik sejak dari tahun 2005 , apabila mula menghantar karya-karya penulis ke majalah tahunan tempat pengajiannya. Bermula dari detik itu , minat yang mendalam dalam bidang penulisan membawa penulis mengembara dan menilai perspektif kehidupan dan isu-isu dunia secara kritis.Menggunakan nama pena , Ryuji Kimura , ramai yang ingin tahu kenapa penulis menggunakan nama pena bukan melayu meskipun menghsilkan karya majiritinya berbahasa melayu. Penulis percaya bahawasanya dengan menggunakan nama pena bukan melayu dapat menarik minat orang bukan melayu dalam menghayati keindahan bahasa melayu, sekaligus menjadi tunjang jalinan budaya antara dunia luar dan dunia melayu.


Penulis mahir dalam menyampaikan ideologi dan corak pemikirannya secara indah melalui puisi-puisinya, tanpa menyinggung mana-mana pihak.Minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan dan penghasilan karya-karya kreatif juga membawa penulis terlibat secara lansung dalam program-program berbentuk penyampaian lisan dan kini penulis masih terus menulis dan menghsilkan karya kreatif dalam pelbagai bentuk secara sambilan.Genre penulisan penulis menyelusuri segenap generasi , tidak kira sama ada muda atau tua. Penulis yakin menerusi penulisan puisi , seseorang dapat melihat dan mempertajamkan kemahiran berfikir secara kritis dan mampu memahami suara masyarakat, seterusnya mewakili golongan ini menyampaikan mesej mereka secara telus tetapi indah. Kiasan yang diselitkan di dalam puisi penulis bertujuan supaya mesej yang kebiasaannya berat diterima seseorang mudah di fahami dan diamati.

 
Kini penulis terus bergiat aktif bersama masyarakat dalam pelbagai golongan dalam memahami kehendak dan tuntutan masyarakat masakini tanpa meminggirkan budaya dan corak pemikiran tradisional yanag menajdi tunjang budaya. Penulis berharap agar penulisannya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan penggemar karya melayu, seterusnya terus menghidupkan keindahan bahasa ibunda melayu yang kian lemas dek kepesatan kemajuan negara.